27 April 2014

RAWATAN GURAH (RM50)

Kaedah rawatan Gurah di Pusat Terapi Syifa ialah dengan memasukkan sedikit campuran air ubat yang telah direbus dan madu ke dalam hidung pesakit.  Semasa proses rawatan pesakit perlulah bernafas melalui mulut selama 45 minit sebab lendir hingus akan keluar melalui hidung.

Kanak-kanak juga boleh buat rawatan ini asalkan mereka tidak takut ketika ubat dimasukkan ke dalam lubang hidung dan mampu untuk bernafas melalui mulut selama 45 minit.

Anda juga tidak digalakkan makan sebarang ubat klinikal pada hari untuk rawatan gurah kerana dikhuatiri proses gurah akan kurang lancar dan tidak berkesan.

No comments:

Post a Comment