29 April 2014

BUKA SEPERTI BIASA PADA 1 MEI 2014

Pusat rawatan kami akan dibuka seperti biasa pada hari Khamis ini sempena Cuti Buruh pada 1 Mei 2014.

Pusat Terapi Syifa, 13B Jalan Plumbum Q7/Q, Section 7 Shah Alam
Waktu Rawatan: 11am - 10pm
Waktu Rehat: 6pm - 8pm

Sila hubungi atau SMS kepada kami atau PN NOTT @ 019-285 2849 untuk temujanji anda.

28 April 2014

RAWATAN AURA SERI UNTUK BAKAL PENGANTIN

Kepada bakal-bakal pengantin yang ingin rawatan aura seri sila bawa:
  1. 9 kuntum bunga ros merah (jika tiada campur2 pun boleh)
  2. 28 biji limau purut
  3. 1 botol air mineral 1.5liter (lebih pun boleh)
  4. 1 bekas bedak sejuk yang berketul2 kecil (1 bekas boleh kongsi dengan pasangan anda)

Temujanji hanya dengan UZTAZ ASWAT @ 017-209 2307017-209 2307.

Caj Rawatan: RM50 seorang / PERCUMA 1 botol Aura Seri (stok terhad)

27 April 2014

RAWATAN GURAH (RM50)

Kaedah rawatan Gurah di Pusat Terapi Syifa ialah dengan memasukkan sedikit campuran air ubat yang telah direbus dan madu ke dalam hidung pesakit.  Semasa proses rawatan pesakit perlulah bernafas melalui mulut selama 45 minit sebab lendir hingus akan keluar melalui hidung.

Kanak-kanak juga boleh buat rawatan ini asalkan mereka tidak takut ketika ubat dimasukkan ke dalam lubang hidung dan mampu untuk bernafas melalui mulut selama 45 minit.

Anda juga tidak digalakkan makan sebarang ubat klinikal pada hari untuk rawatan gurah kerana dikhuatiri proses gurah akan kurang lancar dan tidak berkesan.

26 April 2014

BEKAM MAMPU UNTUK MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

Bekam Merawat Sihir & Saka RM90
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".W anita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

KESIMPULANNYA, BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU, SIHIR DAN SAKA, ANDA DIGALAKKAN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SEMINGGU SEKALI DI KAWASAN TENGKUK DI SAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYAR'IYAH.

25 April 2014

BEKAM UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI


Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain (RM50)

Jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara automatiknya, anda seorang yang sangat sensitif kepada tahap kemasinan setiap masakan.  Banyakkan makan sayur-sayuran, buah dan kekacang.  Contohnya bayam, brokoli, pisang, kentang dan sebahagian besar kekacang seperti tempe yang mengandungi kalium tinggi.

24 April 2014

KEBAIKKAN HABBATUS SAUDA





Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Mungkin ada yang tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada diri manusia.  Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser.  Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum sarapan pagi.  Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid dan menyembuhkan gigitan serangga.

23 April 2014

BEKAM UNTUK SAKIT KEPALA



Sakit Kepala SINUS
Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus).  Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening.  Kepala terasa berdenyut-denyut.  Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih.  Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus.  Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap.

Sakit Kepala MIGRAIN
Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari.  Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah.  Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi.  Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan.  Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya.

Sakit Kepala TEKANAN DARAH TINGGI
Sakit ini menyebabkan kepala terasa berat dan leher tegang.  Jika sakit kepala anda disebabkan oleh penyakit ini, segeralah dapatkan pemeriksaan dari doktor.  Amalkan juga amalan gaya hidup sihat agar tekanan darah tinggi dapat dikurangkan.  Kurangkan makanan berlemak dan banyak mengandungi garam.  Anda juga boleh bersenam.  Kombinasi kesemua usaha ini akan membantu mengurangkan risiko sakit kepala akibat penyakti tersebut.

Sakit Kepala CLUSTER HEADACHE
Inilah sakit kepala yang paling menyakitkan.  Rasanya seperti ada tusukan pada satu bahagian kepala dan sering menyerang di bahagian mata.  Ia lebih banyak menyerang orang lelaki berbanding dengan perempuan dan sering berlaku pada waktu malam. Serangan sakit kepala ini boleh jadi berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.  Namun kebaikannya, penderita sakit kepala ini tidak menderita seperti sakit kepala akibat migraine atau ‘tension headache’.  Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko sakit kepala ini:

§           Hindarai alcohol
§           Jauhi produk tembakau
§           Amalkan tidur berjadual

22 April 2014

SAKIT LUTUT JUGA BOLEH DIBEKAM


SAKIT SENDI LUTUT
Mungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius.  Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.

Faktor-faktor yang menyebabkan sakit lutut:
  • Kecederaan lutut akibat aktivit berat
  • Penyakit
  • Berlebihan berat badan atau obesiti
  • Peningkatan usia
Tanda-tandanya:
  • Sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Mungkin akan hilang apabila berjalan.
  • Sakit apabila naik turun tangga. 
  • Terdapat bunyi meretih atau berasa tidak selesa ketika menggerakkan sendi.
Puncanya:
  • Belaku geseran antara tulang femur dan tibia di dalam sendi apabila rawan rosak atau haus.
  • Penggunaan lutut secara berlebihan.
  • Tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ada mengalami simpton-simpton seperti di atas, segeralah datang berbekam dengan kami.