29 June 2013

PENYAKIT YANG BOLEH DIBEKAM

Masalah kesihatan banyak berpunca daripada gaya hidup kita dan cara pemakanan yang tidak sihat. Di antaranya ialah:-

Obesiti, Perut Buncit, Kencing Manis, Kolesterol Tinggi, Migrain, Sakit Kepala, Sakit Jantung, Gout, Keletihan, Kebas-kebas, Sakit Lutut, Sembelit, Buasir, Stress, Hypertention, Resdung, Eczema, Gastrik, Senggugut, Strok, Tekanan Darah Tinggi/Rendah

Untuk temujanji bekam sila hubungi kami.  Sila rujuk 'CAWANGAN KAMI' untuk dihubungi.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi terhad di Shah Alam/Puncak Alam/PJ sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

23 June 2013

MINGGU BEKAM SUNNAH KEMBALI LAGI MINGGU HADAPAN

Kepada mereka yang nantikan minggu bekam sunnah bolehlah hubungi kami untuk temujanji rawatan anda kepada Pn Nott di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883.  Selain itu, anda juga boleh hubungi cawangan kami yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.  Sila rujuk 'CAWANGAN KAMI'.

Photo: MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI...

28 April 2013 (Ahad) = 17 Jamadil Akhir 1434H
30 April 2013 (Selasa) = 19 Jamadil Akhir 1434H
2 May 2013 (Khamis) = 21 Jamadil Akhir 1434H

Untuk temujanji sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 atau layari:-
www.rawatanbekam.net @ www.bekamdanwanita.blogspot.com @ www.rawatanterapigurah.blogspot.com @ www.rawatanauraseri.com @ www.bekamresdung.com

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
26 Jun 2013 (Rabu) = 17 Sya'aban 1434H
28 Jun 2013 (Jumaat) = 19 Sya'aban 1434H
30 Jun 2013 (Ahad) = 21 Sya'aban 1434H

Pusat rawatan akan TUTUP pada setiap hari JUMAAT.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam/Puncak Alam/PJ sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

KERAP SAKIT PINGGANG

Kepada mereka yang kerap sakit pinggang anda digalakkan untuk berbekam. Apabila berbekam banyak angin dan darah kotor yang akan keluar.  Perjalanan darah akan menjadi lancar semula.  Inn Shaa Allah pinggang anda akan terasa lega dan ringan setelah berbekam.
Kepada mereka yang ingin berbekam di Section 7, Shah Alam sila hubungi Pn Nott di 019-285 2849 atau cawangan kami yang berdekatan untuk temujanji anda.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam/Puncak Alam/PJ sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

09 June 2013

RAWATAN BEKAM DAN WAKTU-WAKTU BERBEKAM



 

Rawatan bekam sebaiknya dilakukan pada pertengahan bulan Islam, kerana darah kotor akan berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak) pada waktu tersebut. Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21." (HR Ahmad). 

Selain itu, memilih hari Isnin, Selasa dan Khamis amatlah digalakkan.  Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Namun demikian, jika pesakit tidak lagi dapat menahan sakit dan untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih teruk kepada pesakit jika hendak menunggu ketibaan tarikh atau hari yang disarankan.  Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka anda disarankan untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)

AMALAN MALAM NIFSU SYAABAN


Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. 

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

05 June 2013

BUNYI CAKARAN...

Pada 25 May 2013 seorang pesakit wanita telah datang ke Pusat Terapi Syifa di Seksyen 7, Shah Alam.  Beliau ingin dapatkan rawatan ruqyah dan rawatan aura seri.  Sebelum ini beliau pernah dapatkan rawatan kesihatan di luar di mana beliau dikatakan terlalu stress dan tidak bersemangat dan disarankan untuk mandi ais.

WhatsApp Pesakit Wanita pada 28 May 2013 jam 7:08am.

Assalamualaikum Puan Nott.  Saya ingin bertanya,
Alhamdulillah dah 3 hari saya amalkan mandi ruqyah dan juga aura seri.
Hari pertama lepas saya mandi, saya rasa sakit2 tulang dan sendi.  Serta gatal2 di tubuh badan.
Hari kedua, sakit2 tulang dan sendi dah berkurangan cuma masih gatal2 sedikit pada badan.
Hari ketiga, sedikit sahaja gatal2 cuma malam bila saya dah tidur tiba2 saya terjaga sbb ada satu bunyi seperti cakaran pada telinga sebelah kanan saya.  Tapi Alhamdulillah bunyian cakaran tu tak menyakitkan cuma agak kuat...jadi saya spray dengan toner aura dan juga saya letakkan sedikit air zam-zam...Alhamdulillah setelah tu tiada lagi bunyi cakaran tersebut.

Pada pendapat puan kenapa ye terdapat bunyi cakaran tu?  Dan apa yang perlu saya lakukan sekarang selain berzikir?
Setelah itu saya memberi maklum balas kepada pesakit wanita tersebut dengan menasihat agar dia meneruskan lagi usaha dan amalan sebelum ini seperti biasa dan berterusan.  Bunyi cakaran tersebut mungkin hanya untuk menakutkan beliau dan mematahkan usaha serta semangat beliau terhadap rawatan.  Saya juga mengingatkan beliau untuk terus memohon doa dan berzikir kepada Allah agar dilindungi daripada gangguan tersebut.  Inn Shaa Allah sekiranya pesakit ini beristiqamah di dalam doa, zikir dan amalan beliau, masalah beliau dapat di atasi.  Sama-sama kita mendoakan untuk beliau.