26 March 2013

TIDAK SANGKA SAKIT KEPALA BERTERUSAN PUNCA MASALAH GANGGUAN

Tujuan pertama datang adalah untuk rawatan bekam darah bagi atasi masalah sakit kepala yang kerap dialami sejak kebelakangan ini.  Setelah dibekam pesakit ini dinasihati untuk buat rawatan ruqyah dengan perawat lelaki.  

Perawat lelaki kami baru sahaja mulakan bacaan dengan
  pesakit tersebut telah mula mengaum dan beraksi seperti seekor harimau.  Bacaan diteruskan, pesakit berguling-guling sambil mengaum serta menahan kesakitan.  Pesakit amat sukar untuk beristighfar malah untuk menyebut nama ALLAH juga tidak mampu.  Bacaan diteruskan sehingga 20minit berserta dengan azan.

Selesai rawatan, pesakit masih agak terkejut kerana dia tidak sangka akan mengalami kerasukan seperti itu.  Pesakit dinasihati untuk datang semula pada minggu hadapan dan membawa air mineral sebanyak 5 liter.


Caj Rawatan Ruqyah:  Seikhlas hati

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian." Al Isra 82

No comments:

Post a Comment