28 March 2013

BEKAM SELAMAT DAN BERSIH DI TEMPAT KAMI...


 
Kepada mereka yang ingin dapatkan khidmat bekam di pusat rawatan kami tidak perlu risau tentang kebersihan dan keselamatan kaedah bekam yang dijalankan.  Mungkin ada tertanya-tanya bagaimana kami mampu untuk menghilangkan keraguan di hati anda.
  1. Pesakit lelaki akan dibekam oleh jurubekam lelaki, manakala pesakit wanita akan dibekam oleh jurubekam wanita.
  2. Setiap cup bekam yang digunakan oleh pesakit pertama akan dibasuh dengan antiseptik (detol).  Cup yang telah digunakan tidak akan digunakan untuk pesakit kedua sehingga proses pembersihan dan steril dilakukan.
  3. Setelah dibasuh cup tersebut akan disterilkan sebelum digunakan untuk pesakit seterusnya.  UV Steril adalah penting untuk membasmikan kuman atau virus.
  4. Bekam darah di sini menggunakan pem bekam berjarum.  Jarum yang digunakan adalah pakai buang untuk setiap pesakit.  Amat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman dan penyakit.
  5. Setelah berbekam tempat yang dibekam akan dilap dengan tisu basah (wet tissue) untuk bersihkan baki darah yang kering di permukaan kulit.  Kemudian akan disapukan antiseptik (Alcohol Swab) sebagai langkah kebersihan.
Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

No comments:

Post a Comment