28 March 2013

BEKAM SELAMAT DAN BERSIH DI TEMPAT KAMI...

Kepada mereka yang ingin dapatkan khidmat bekam di pusat rawatan kami tidak perlu risau tentang kebersihan dan keselamatan kaedah bekam yang dijalankan.  Mungkin ada tertanya-tanya bagaimana kami mampu untuk menghilangkan keraguan di hati anda.
  1. Pesakit lelaki akan dibekam oleh jurubekam lelaki, manakala pesakit wanita akan dibekam oleh jurubekam wanita.
  2. Setiap cup bekam yang digunakan oleh pesakit pertama akan dibasuh dengan antiseptik (detol).  Cup yang telah digunakan tidak akan digunakan untuk pesakit kedua sehingga proses pembersihan dan steril dilakukan.
  3. Setelah dibasuh cup tersebut akan disterilkan sebelum digunakan untuk pesakit seterusnya.  UV Steril adalah penting untuk membasmikan kuman atau virus.
  4. Bekam darah di sini menggunakan pem bekam berjarum.  Jarum yang digunakan adalah pakai buang untuk setiap pesakit.  Amat penting untuk mengelakkan jangkitan kuman dan penyakit.
  5. Setelah berbekam tempat yang dibekam akan dilap dengan tisu basah (wet tissue) untuk bersihkan baki darah yang kering di permukaan kulit.  Kemudian akan disapukan antiseptik (Alcohol Swab) sebagai langkah kebersihan.
Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.   

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

26 March 2013

BEKAM MENCEGAH MASALAH KEGAGALAN GINJAL

Ginjal berfungsi untuk menapis sisa daripada zat makanan dan minuman, bertindak menyaring zat daripada proses metabolisme dalam darah, menjaga tekanan osmosis dan mengatur keseimbangan garam dalam tubuh melalui penyisihan sisa seperti urea.

Selalunya simpton kegagalan ginjal sukar dikesan dan muncul apabila keadaan sudah menjadi kritikal.  Berikut ialah simptom CKD (penyakit ginjal kronok) :-
  1. Muntah atau cirit-birit yang membawa kepada dehidrasi.
  2. Mual.
  3. Turun berat badan.
  4. Kencing malam.
  5. Kencing lebih kerap dalam jumlah banyak berbanding biasa dan air kencing berwarna cair.
  6. Kurang kencing dan jumlah yang sedikir berbanding biasa dengan air kencing berwarna gelap.
  7. Darah dalam air kencing.
  8. Sukar membuang air kecil.
  9. Air kencing dalam jumlah luar biasa.
  10. Rasa gatal di kulit.
  11. Kerosakan tulang patah sukar pulih.
  12. Otot kejang atau lumpuh.
  13. Ritma jantung tidak normal.
  14. Bengkak di kaki, buku lali, muka atau tangan.
  15. Nafas putus-putus akibat lebihan cecair dalam paru-paru.
  16. Sakit belakang atau bahagian tepi badan.
  17. Mudah letih, lemah.
  18. Memori terganggu.
  19. Sukar memberi tumpuan.
  20. Pening.
  21. Tekanan darah rendah.
  22. Air kencing berbuih.
  23. Hilang selera makan.
  24. Sukar tidur.
  25. Kulit menjadi gelap.
Faktor CKD:-
  1.  Berat badan berlebihan.
  2. Penyakit kencing manis.
  3. Darah tinggi.
  4. Merokok.
  5. Usia lanjut.
  6. Penyalahgunaan dadah.
  7. Penyakit genetik.
Untuk mencegah masalah ginjal perlulah segera dirawat.  Anda boleh mencuba dengan rawatan bekam bagi mengeluarkan darah kotor yang berwarna kehitaman dan berlendir.  InsyaAllah masalah anda akan beransur pulih.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Jurubekam Lelaki) di Section 7, Shah Alam atau cawangan yang berdekatan.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

TIP JAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

Gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan amalkan senaman mampu memanjangkan jangka hayat ginjal kita agar berfungsi dengan baik dan sepenuhnya.

Tip penjagaan:-
  1. Amalkan kehidupan sihat.
  2. Elak kebergantungan kepada ubatan tanpa surat doktor.
  3. Mengambil banyak sayuran dan buah-buahan segar.
  4. Manjauhi makanan bergula, air soda, pemanis tidak asli, makanan bergaram dan lemak tepu.
  5. Pilih alternatif lebih sihat seperti ikan bilis atau rumpai laut untuk menggantikan garam, daun stevia atau madu menggantikan gula, minyak zaitun atau kelapa organik sebagai minyak masak dan serbuk krimer menggantikan santan.
  6. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  7. Kekalkan berat badan ideal dengan mengamalkan senaman, cara hidup aktif dan penjagaan makanan.
  8. Jangan merokok atau mengambil minuman beralkohol.
  9. Melakukan pemeriksaan tekanan darah secara tetap.
  10. Lakukan perkara yang menenangkan dan elak berasa tertekan.
 
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Jurubekam Lelaki) di Section 7, Shah Alam atau cawangan yang berdekatan.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

TIDAK SANGKA SAKIT KEPALA BERTERUSAN PUNCA MASALAH GANGGUAN

Tujuan pertama datang adalah untuk rawatan bekam darah bagi atasi masalah sakit kepala yang kerap dialami sejak kebelakangan ini.  Setelah dibekam pesakit ini dinasihati untuk buat rawatan ruqyah dengan perawat lelaki.  

Perawat lelaki kami baru sahaja mulakan bacaan dengan
  pesakit tersebut telah mula mengaum dan beraksi seperti seekor harimau.  Bacaan diteruskan, pesakit berguling-guling sambil mengaum serta menahan kesakitan.  Pesakit amat sukar untuk beristighfar malah untuk menyebut nama ALLAH juga tidak mampu.  Bacaan diteruskan sehingga 20minit berserta dengan azan.

Selesai rawatan, pesakit masih agak terkejut kerana dia tidak sangka akan mengalami kerasukan seperti itu.  Pesakit dinasihati untuk datang semula pada minggu hadapan dan membawa air mineral sebanyak 5 liter.

Caj Rawatan Ruqyah:  Seikhlas hati

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian." Al Isra 82

24 March 2013

MINGGU DEPAN - MINGGU BEKAM SUNNAH KEMBALI LAGI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah minggu depan bulan untuk BEKAM SUNNAH akan kembali lagi.  Kepada mereka yang ingin dapatkan khidmat rawatan bekam bolehlah mula hubungi atau SMS kepada perawat-perawat kam.

TARIKH BEKAM SUNNAH
  • 29 Mac 2013 = 17 Jamadil Awal 1434H (Jumaat) - Cawangan PJ, Shah Alam, Puncak Alam TUTUP.  Cawangan Sg Petani, Meru BUKA.
  • 31 Mac 2013 = 19 Jamadil Awal 1434H (Ahad)
  • 2 April 2013 = 21 Jamadil Awal 1434H (Selasa)
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Jurubekam Lelaki).

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

GURAH BAIK PADA WAKTU MALAM

Bagi mereka yang inginkan rawatan gurah bagi mengatasi masalah seperti resdung, gatal-gatal pada muka, berjerawat, masalah berkahak, selsema, batuk, sakit kepala, mata rabun, tidur berdengkur dan asma bolehlah hubungi kami untuk temujanji anda.

Waktu yang sesuai untuk rawatan ini adalah pada waktu malamPada waktu itu cuaca sejuk, nyaman dan tidak bising.  Ini memberi ketenangan ketika gurah dilakukan dan memudahkan proses gurah berjalan dengan lancar.  Pesakit perlulah di dalam keadaan yang tenang, tidak gelisah atau kepanasan.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Gurah Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Gurah Lelaki).

Caj Rawatan Gurah: RM50 / 45 minit / 3 bulan sekali

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH". Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh...(Diriwayatkan dari Abu Ubaidah)

ADUHHHHH GATALNYA...

Sekiranya anda ada mengalami masalah gatal-gatal dengan tiba-tiba, alahan atau jangkitan pada kaki, tangan, badan atau seluruh badan atau sebahagiannya sahaja sila dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Jika masih berlanjutan dan ingin cuba dengan kaedah rawatan tradisional sila datang ke pusat rawatan kami di Seksyen 7 Shah Alam.  Sila bawa 1.5liter air mineral, 1 botol minyak zaitun (botol kecil pun boleh) dan pesakit.  Perawat kami akan bacakan ruqyah kepada pesakit dan bahan yang dibawa bersama.
Pesakit digalakkan untuk buat bekam di sekitar tempat yang bermasalah.  Ini bagi mengeluarkan darah kotor dan menyembuhkan gatal pada kulit tersebut.  InsyaAllah...

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849 atau Muallij Ahmad di 019-307 9883 (Jurubekam Lelaki).

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

20 March 2013

BEKAM WAJAH - PERTAMA KALI

Semalam saya telah menerima satu kunjungan daripada seorang pesakit wanita.  Wanita ini mengalami masalah berjerawat di muka serta gatal-gatal di hidungnya.  Pada mulanya beliau agak sedikit gusar jika terasa sakit ketika berbekam di wajah.  

Untuk rawatan kali pertama beliau telah memilih untuk berbekam di kedua pipi kiri dan kanan terlebih dahulu.  Banyak darah kotor yang keluar.  Apabila selesai berbekam beliau terasa sedikit ringan di bahagian pipi beliau.  Beliau juga mengatakan bahawa tidaklah sakit berbekam di pipi seperti yang diberitahu oleh orang lain.  Beliau nekad untuk meneruskan rawatan seterusnya pada 2 minggu lagi.  InsyaAllah saya akan cuba updatekan perkembangan terkini rawatan bekam wajah beliau pada masa akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5  
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

DAPATKAN RAWATAN BEKAM STRES DAN KELESUAN

Jangan stres!
   
Kepada mereka yang selalu terpaksa menghadapi timbunan kerja, kekurang wang, masalah dengan pasangan dan kesesakan jalan raya boleh mendatangkan stres.  Hal ini boleh mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan kecantikan.

Untuk atasinya anda bolehlah buat rawatan bekam untuk point BEKAM STRES & KELESUAN.  InsyaAllah...badan akan terasa ringan, tiada lagi keletihan, mudah fokus pada sesuatu kerja dan anda akan lebih rasa gembira.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Pn Nott (Jurubekam Wanita) di 019-285 2849.

Caj Rawatan Bekam: 1cup=RM5
 
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.  

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

17 March 2013

WAKTU OPERASI PUSAT TERAPI SYIFA - SHAH ALAM

 Lokasi:
13B Jalan Plumbum Q7/Q, Section 7, 40000 Shah Alam

Buka:
Isnin-Sabtu 11pagi - 10malam @ Ahad 3petang - 10malam

Tutup:
Setiap Jumaat

Untuk temujanji sila hubungi @ SMS kepada:
Pembekam Wanita: Pn Nott @ 019-285 2849
Pembekam Lelaki: Muallij Ahmad @ 019-307 9883

WAKTU OPERASI DI CAWANGAN SG PETANI, KEDAH

 Lokasi:
Kg Padang Temusu, 08000 Sg Petani, Kedah

Buka:
Setiap Hari @ 10pagi - 10malam

Untuk temujanji sila hubungi @ SMS kepada:
Pembekam Wanita: Pn Ana @ 017-424 0064
Pembekam Lelaki: Muallij Shazry @ 017-403 4940 / Muallij Syafiq @ 012-440 2553

WAKTU OPERASI DI CAWANGAN TAMAN DATO HARON - PJ

 Lokasi:
Taman Dato Haron, Jalan Klang Lama, PJ (Berhadapan Masjid Jumhurriyah)

Buka:
Isnin-Ahad 10pagi - 10malam

Tutup:
Setiap Jumaat

Untuk temujanji sila hubungi @ SMS kepada:
Pembekam Wanita: Pn Fatin @ 017-625 3146
Pembekam Lelaki: Muallij Zali @ 012-346 3416

WAKTU OPERASI DI CAWANGAN PUNCAK ALAM, KUALA SELANGOR

 Lokasi:
No 34 Lorong Naluri Sukma A8/A, Seksyen 8 Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor

Buka:
Isnin-Ahad 11pagi - 11malam

Tutup:
Setiap Jumaat

Untuk temujanji sila hubungi @ SMS kepada:
Pembekam Wanita: Pn Mimi @ 017-6845026
Pembekam Lelaki: Muallij Aswat @ 017-209 2307

15 March 2013

WHI-WANITA HARI INI TV3 PADA 14 MAC 2013 - "KELEBIHAN BEKAM WAJAH"

Assalamualaikum...

Semalam Khamis 14 Mac 2013, saya (Pn Nott) telah menerima jemputan oleh WHI-Wanita Hari Ini TV3 untuk segmen "KELEBIHAN BEKAM WAJAH".  Jutaan terima kasih kepada pihak TV3 yang telah membuka ruang dan peluang kepada kami.

Terima kasih juga kepada Pengacara WHI-Wanita Hari Ini TV3 iaitu Teh Syuhaida Sharip dan rakan sejawatnya Nor Azzura Azizul Azman kerana berjaya mengetengahkan kaedah bekam sunnah Rasulullah SAW kepada masyarakat dan mendalami topik ini dengan lebih mendalam.  Untuk info lanjut sila klik link di bawah ini.

tonton-home-shows-talk_show-wanita hari ini 2013 - Wanita Hari Ini 2013

14 March 2013

FAKTOR TEKANAN DARAH TINGGI

Berikut merupakan beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Kurang latihan fizikal/jasmani
  • Terlalu banyak garam dalam diet
  • Terlalu banyak pengambilan alkohol
  • Tekanan (stres)
  • Umur meningkat
  • Geneti
  • Penyakit kronik ginjal
  • Gangguan adrenal dan tiriod
  • Diet yang tinggi lemak dan kolesterol
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi kami.