15 September 2012

SIHIR PEMISAH DAN AKIBATNYA


Sihir pemisah diambil bertujuan untuk memastikan hasratnya tercapai seperti rasa tidak senang dengan seseorang apabila melihat kebahagiaan yang dimiliki.

Mangsa akan mengalami perubahan dengan tiba-tiba seperti daripada cinta menjadi benci, benci kepada perbuantan baik yang dilakukan, merasa ragu-ragu terhadap orang lain, bersangka buruk, enggan meminta maaf dan melihat pandangan orang lain dalam keadaan yang hodoh atau menakutkan.

Sihir pemisah kerap digunakan kepada pasangan suami isteri sehingga boleh menyebabkan penceraian.  Contoh sihir pemisah berlaku apabila seorang suami ketika bersama isteri di luar rumah tiada masalah tetapi apabila di rumah dia akan merasa sangat rimas dan tidak tenteram.
 
Maksudnya: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Barang-barang yang digunakan dalam perbuatan sihir ini adalah seperti pakaian, air atau minyak yang dijampi, dipalit atau diletakkan pada tempat laluan mangsa, sesuatu yang dimasukkan ke dalam makanan dan minuman.

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

No comments:

Post a Comment