05 September 2012

BEKAM RESDUNG = BEKAM KECANTIKAN


Bekam resdung juga merupakan bekam kecantikan untuk menaikkan seri muka.  Jika sebelum ini muka anda kelihatan tidak bermaya, kusam ataupun berjerawat dan InsyaAllah setelah menjalani 3kali sesi rawatan anda akan lihat perubahan yang positif telah berlaku.

Muka anda akan dibekam di bahagian pipi, dahi dan dagu.  Titik-titik bekam ini mampu menghilangkan jerawat dan resdung. Kesan lebam di bahagian pipi akan hilang selepas 2-3hari, di dahi pula akan hilang 3-5hari atau 7-10hari bergantung kepada kesan darah kotor yang keluar.  

Selain itu, di belakang badan juga boleh dibekam sekiranya terdapat pertumbuhan jerawat-jerawat. Kesan lebam dibelakang badan pula akan hilang selepas 3-5hari. 

Kaedah yang digunakan oleh kami ialah bekam darah dengan menggunakan pen lancet berjarum. Jarum pula adalah pakai buang untuk seorang pesakit sahaja. Kesan tusukan dan lebam pula akan hilang dan tidak akan meninggalkan parut.

Caj rawatan bekam: 1cup = RM5 dan jika berbekam melebihi 10cup anda diberi PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

No comments:

Post a Comment