05 July 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT RESDUNG

  

PENYAKIT RESDUNG

Alahan (Resdung atau *resah hidung*) ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah (alergi) kepada pelbagai agen persekitaran. Debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh-tumbuhan selalu dikaitkan dengan kejadian alahan ini.

Beberapa agen lain yang boleh menyebabkan alahan termasuk pelbagai jenis:-
  1. bijirin,
  2. bulu binatang serta beberapa bahan pelarut kimia. Asap rokok,
  3. habuk kapur tulis,
  4. debu tanah dan udara yang tercemar merupakan beberapa agen yang boleh menyebabkan seseorang mengalami alahan.
Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Tetapi tidak semua orang akan menjadi alah kepada agen-agen ini. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap agen-agen tersebut. Bagi mereka yang hipersensitif (keadaan di mana daya ketahanan yang terlalu kurang) pendedahan kepada agen-agen ini boleh menimbulkan masalah lain seperti lelah atau asma. Ini kerana alahan dan asma boleh disebabkan oleh agen yang sama.

Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan yang besar untuk mengalami asma. Ada juga yang mewarisi ciri-ciri alahan ini daripada keluarga. Gejala atau tanda seseorang itu mengalami alahan akan timbul setelah beberapa minit membran mukus hidung terdedah kepada sesuatu agen. Keadaan ini akan memulakan satu tindakan antigen-antibodi dan keradangan.

Antara gejala-gejala yang kelihatan ialah:

1. hidung tersumbat dan berair,
2. gatal-gatal hidung dan bersin yang berulang.

Dalam keadaan alahan biasa, rembesan hidung yang pekat dan bernanah tidak mungkin berlaku kecuali terjadi jangkitan. Seseorang mungkin akan kehilangan deria bau dan rasa apabila hidung tersumbat berterusan. 

Segeralah hubungi kami untuk temujanji rawatan bekam anda.

No comments:

Post a Comment