22 July 2012

MENGAPA KURMA?


Buah kurma dapat meneutralkan bahagian dalam perut dan membantu proses detoksifikasi setelah seharian berpuasa.  Makan makanan yang ringan seperti kurma pada awal berbuka puasa dapat memberi tempoh pada sistm pencernaan anda untuk menerima makanan yang berat.

Selain itu, ia juga dapat membantu tubuh bekerja dengan lebih baik ketika berpuasa.  Ia dapat menyalurkan tenaga segera, meningkatkan gula darah dan menambah daya tahan tubuh di samping membantu penyembuhan setelah sakit.

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak."

Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

Khasiat kurma Ajwah sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Taala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW.

Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa AS sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."

Rasulullah SAW juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barawang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

No comments:

Post a Comment