Tuesday, 12 June 2012

SAKIT TULANG BELAKANG


Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakan satu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang (lihat gambar rajah).  Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh.  Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20-30 tahun.  Tulang terdiri daripada Kalogen (protein) dan mineral.

Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari.  Namun begitu Kalsium tidak berfungsi tanpa Vitamin D.  Menunggang kuda dan berenang merupakan 2 bentuk riadah yang dapat membentuk tulang menjadi kuat disamping akticiti berjalan kaki (laju) selama 20 minit sehari.


Telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita untuk meminta anak-anak agar dapat berjalan atau memijak di atas belakang badan dalam keadda kita tidur meniarap apabila merasa sakit tulang belakang.


PUNCA SAKIT TULANG BELAKANG


1. Ibu hamil


  • Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
  • Semakin lama kandungan menjadi semakin berat
  • Dibetulkan selepas melahirkan anak
2.  Cara menyambut anak ketika kelahiran
  • Dislokasi tulang cervical
  • Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
  • Pendengaran juga menjadi kurang peka
  • Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal
3. Kecederaan / kesakitan sebelah kaki
  • Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang
4. Duduk yang lama terutama di atas kenderaan
  • Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.
5. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
  • Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.
6. Kasut yang kurang kualiti
  • Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.
7. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
  • Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.
8. Tilam yang tidak berkualiti
  • Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .
9. Lumpuh
  • Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.
10. Kecederaan sewaktu bersukan.
  • Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.
11. Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
  • Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.
12. Bantal tidur yang terlalu tinggi.
  • Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
13. Obesiti
  • Berat badan yang berlebihan menyebabkan bermasalah.
14. Kemalangan
  • Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
15. Kurang air dalam badan.
  • Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.

SAKIT BELAKANG
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan di buah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan (wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak minum teh, kopi atau herba diuretic.

Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira seperti :-

1. Patah
2. Tulang haus
3. Tulang kering
4. Bentuk tulang.

Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti:-
a. Lordosis dan kifosis(bongkok)
b. Skoliosis.(tulang bentuk S)

Berbekamlah segera bagi memulihkan kesakitan tulang belakang anda sekaligus memulihkan sakit pinggang, tulang belikat dan bahu anda.  Segeralah hubungi pembekam kami untuk temujanji anda. 

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu, sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

No comments:

Post a Comment