24 June 2012

RAWATAN BEKAM BOLEH AWET MUDA DAN SIHAT BADAN

Pembuangan toksik rahsia untuk kekal muda dan sihat.  Dengan membuat rawatan bekam mampu mengnyahtoksinkan untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya sekaligus dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.



Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
  1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
  3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
  4. Kuku dan rambut yang rapuh
  5. Badan dan nafas berbau
  6. Sering sakit kepala
  7. Sakit leher, bahu, sendi dan otot
  8. Peredaran darah yang lemah, tangan atau kaki sejuk
  9. Imsomnia atau masalah tidur
  10. Meradang dan kemurungan
  11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. Masalah penghadaman, kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. Alergi dan pengidaman makanan
  15. Peningkatan tekanan darah
  16. Kurang tenaga syahwat.
Hasil daripada proses mengnyahtoksik yang baik:-
  1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik dan rasa lebih bertenaga dan cergas
  2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
  3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
  4. Pembuangan air besar yang kerap
  5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
  6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
  7. Badan yang lebih langsing
  8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

No comments:

Post a Comment