30 June 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI


Hujung minggu ini bulan mengambang penuh di mana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum, bagi penggemar tarikh sunnah hari Sabtu, Isnin dan Rabu adalah tarikh 17/19/21 kalendar Islam.  Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.

7 Julai 2012 = 17 Syaaban 1433H (Sabtu)
9 Julai 2012 = 19 Syaaban 1433H (Isnin)
11 Julai 2012 = 21 Syaaban 1433H (Rabu) 

Untuk temujanji anda, sila hubungi perawat-perawat kami mengikut cawangan dan perkhidmatan yang dikehendaki seperti berikut:
  1. Pembekam Lelaki PJ - Muallij Zali 012-346 3416
  2. Pembekam Wanita PJ - Pn Nott 019-285 2849
  3. Pembekam Lelaki Shah Alam - Muallij Ahmad 019-307 9883
  4. Pembekam Wanita Shah Alam - Cik Intan 019-430 8836
  5. Pembekam Lelaki Sg Petani - En. Shazry 017-403 4940
  6. Pembekam Wanita Sg Petani - Pn Ana 017-424 0064 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17,19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunah Abu Dawud, karya Imam Al-Albani)

AMALAN MALAM NIFSU SYAABAN

 
Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.
 
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. 
 
Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
 
Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

RAWATAN BEKAM DAN WAKTU-WAKTU BERBEKAM


 

Rawatan bekam sebaiknya dilakukan pada pertengahan bulan Islam, kerana darah kotor akan berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak) pada waktu tersebut. Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21." (HR Ahmad). 

Selain itu, memilih hari Isnin, Selasa dan Khamis amatlah digalakkan.  Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Namun demikian, jika pesakit tidak lagi dapat menahan sakit dan untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih teruk kepada pesakit jika hendak menunggu ketibaan tarikh atau hari yang disarankan.  Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka anda disarankan untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)

29 June 2012

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH KEBAS-KEBAS KAKI DAN TANGAN

 
   
 
Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama, itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar. 
 
Anda disyorkan untuk membauat rawatan bekam sebanyak 10 point pada kedua belah kaki (3 betis + 2 peha) atau 10 point pada kedua belah tangan (2 bahu + 3 lengan), InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih. 
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.) 

HIKMAH DI SEBALIK 13 RUKUN SEMBAHYANG



Samada mengerjakan solat fardhu atau sunat, kita mestilah memenuhi 13 rukun sembahyang.  Selain dari menjadi syarat sah solat, sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
  1. Niat Sembahyang: Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri tegak: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbiratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Membaca surah Al-Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Rukuk: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. Iktidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustakim.
  8. Duduk antara dua Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  9. Duduk Tahhiyat Akhir: Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  10. Membaca Tasyahhud: Sebgai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT LEHER DAN BAHU AKIBAT SALAH BANTAL KETIKA TIDUR

Setiap orang pasti pernah mengalami masalah sakit di bahagian leher dan bahu apabila bangun dari tidur.  Apabila dipicit terasa sakit pada otot-otot tersebut dan menyebabkan pergerakan leher agak terbatas. Pada waktu malam pula kita tidak dapat tidur dengan nyenyak dan ini berpunca daripada akibat seperti berikut:- 
  • Tidur lebih dari satu bantal.
  • Tidur mengiring hanya di sebelah badan sahaja.
  • Tidur dengan bantal yang tebal dan keras.
  • Kurang mengamalkan senaman pada bahagian leher dan bahu.
  • Leher dan bahu yang terdedah dengan luas pada suhu bilik yang terlalu sejuk.
  • Akibat tilam yang terlalu lembut atau nipis sehingga menyebabkan badan terasa sengal.
Anda digalakkan untuk membuat rawatan bekam di bahagian leher dan bahu yang sakit. Caj rawatan RM50/10cup.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

26 June 2012

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA


Minyak zaitun dara boleh di dapati dengan mudah di semua hypermarket yang berhampiran rumah anda. Caranya beli sebotol dan buka penutupnya serta bacakan ayat lazim seperti Al-Fatehah, Kursi dan 3Qul kemudian tiupkan 10 saat pada minyak tersebut.
  1. Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan, sapukan sedikit minyak zaitun pada dahi dan di kedua-dua cuping telinga bayi tersebut, InsyaAllah bayi tidak menangis lagi.
  2. Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit, sapukan pada tempat yang bermasalah sebanyak 3x sehari dan InsyaAllah sembuh.
  3. Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin, sapukan juga 3x sehari pada tempat yang sakit dan InsyaAllah sembuh.
  4. Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik, masalah hati, pankreas, ginjal mahupun buasir, minum sesudu minyak zaitun sebanyak 2x sehari, InsyaAllah sembuh. 
Rasulullah SAW pernah bersabda:- "Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari

RAWATAN BEKAM UNTK PESAKIT GANGGUAN, 2 MINGGU SEKALI x 3 SESI

 Photobucket   
Para pembaca blog di luar sana yang menderita pelbagai penyakit gangguan jin disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi, InsyaAllah penyakit gangguan jin anda akan makin berkurangan.

Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu pernah berbekam di kepala menggunakan tanduk bagi menyembuhkan penyakit sihir beliau angkara ahli sihir yahudi laknatullah. Titik bekam disyorkan dibahagian kepala, tengkuk dan tempat yang sakit akibat penyakit gangguan jin tersebut. Herba tambahan yang perlu diambil ialah makan habbatussauda 1biji pagi dan 1 biji petang selama sebulan, InsyaALLAH sembuh.

Caj Rawatan: RM90/18cup

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari.

MADU SYIFA RM30

MADU SYIFA RM30
 
Madu asli ini boleh didapati di kedai kami, ia sudah dibacakan ruqyah khas untuk dibuat minum 2 sudu pada setiap pagi bagi pesakit gangguan jin. Produk ini merupakan sunnah nabi.
 
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT CIRIT BIRIT


Rawatan bekam yang akan digunakan adalah bekam kering. Kawasan yang akan dibekam adalah di sekitar kawasan perut. Caj rawatan 1 cup = RM3.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RAWATAN BEKAM UNTUK PENYAKIT SENGAL TULANG


Penyakit sengal-sengal atau juga dikenali sebagai rheumatism dan lazimnya akan menyerang ketika usia telah meningkat, namun tidak mustahil juga ia akan berlaku kepada orang muda. Rawatan bekam akan dilakukan pada bahagian tubuh badan yang terasa sakit. Caj rawatan 1 cup = RM5.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RAWATAN BEKAM TERAPI ATASI TABIAT MEROKOK


Merokok memberikan banyak racun dalam darah dan menyebabkan berbagai penyakit. Merokok secara terus menerus boleh mengurangkan vitamin C dalam tubuh anda.  Ini kerana, nikotin akan menyerap sekaligus menjadikan tubuh tidak sihat.  

AKIBAT TABIAT MEROKOK...
  1. Menyebabkan ketagihan
  2. Barah paru-paru
  3. Lelah
  4. Sakit jantung
  5. Kerosakan pada saluran darah
  6. Air mani tidak normal
  7. Kemah ingatan
  8. Jika mengandung, perkembangan anak boleh terbantut
  9. Meningkatkan risiko kecedaraan pada anak yang dikandung
  10. Risiko kerosakan sistem pernafasan pada bayi atau anak keacil
  11. Strok
  12. Kanser mulut
  13. Kanser pundi kencing
  14. Kanser esofagus
  15. Kanser buah pinggang
  16. Kanser kelenjar pankreas
  17. Kanser perut
  18. Kanser rahim (untuk wanita)
Bukankah bagus jika tidak merokok. Anda dapat hidup lebih lama, melindungi diri sendri dan keluarga, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dan memelihara kesihatan.  Selain itu, dapat meningkatkan deria rasa dan bau, menjadikan gigi lebih putih dan nafas lebih segar serta dapat mengelakkan pembaziran wang.

Dengan rawatan bekam juga boleh membantu anda untuk berhenti daripada tabiat merokok.  Tubuh badan anda juga akan makin sihat.  InsyaAllah...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

RAWATAN BEKAM UNTUK MEREKA YANG TIDUR BERDENGKUR


Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa.  Sebenarnya ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan seseorang.  Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.  Kadangkala dengkuran mereka turut mengganggu tidur pasangan mereka.

Segeralah hubungi perawat kami untuk temujanji anda bagi rawatan bekam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

RAWATAN BEKAM UNTUK MENGURANGKAN ASID LEMAK TRANS, GULA DAN KANJI

Tahukah anda bahawa asid lemak trans tergolong di dalam kategori makanan yang cenderung untuk mempercepatkan proses penuaan.
  
Makanan bergoreng dan makanan ringan yang manis sering mengandungi banyak lemak trans, gula dan garam yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok.

Anda disarankan untuk buat rawatan bekam overhaul (RM110/22 cup) bagi meningkatkan kesihatan keseluruhan badan, InsyaAllah anda akan semakin sihat.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

24 June 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH BADAN

Anda di luar sana disyorkan untuk membuat rawatan bekam sebulan sekali bagi memantapkan sistem imun badan, kerana toksid yang dikeluarkan dari badan secara tak langsung dapat mengurangkan bebanan organ dalaman dan secara amnya menggalakan penghasilan antibodi badan yang baik.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RAWATAN BEKAM BOLEH AWET MUDA DAN SIHAT BADAN

Pembuangan toksik rahsia untuk kekal muda dan sihat.  Dengan membuat rawatan bekam mampu mengnyahtoksinkan untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya sekaligus dapat membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.



Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:-
  1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
  3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
  4. Kuku dan rambut yang rapuh
  5. Badan dan nafas berbau
  6. Sering sakit kepala
  7. Sakit leher, bahu, sendi dan otot
  8. Peredaran darah yang lemah, tangan atau kaki sejuk
  9. Imsomnia atau masalah tidur
  10. Meradang dan kemurungan
  11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. Masalah penghadaman, kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. Alergi dan pengidaman makanan
  15. Peningkatan tekanan darah
  16. Kurang tenaga syahwat.
Hasil daripada proses mengnyahtoksik yang baik:-
  1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik dan rasa lebih bertenaga dan cergas
  2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
  3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
  4. Pembuangan air besar yang kerap
  5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
  6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
  7. Badan yang lebih langsing
  8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

21 June 2012

RAWATAN BEKAM OVERHAUL - BEKAM KESIHATAN

Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup di seluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum serta menyembuhkan masalah kebas kaki.  

Apabila berbekam, secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

Sila hubungi kami dengan segera untuk temjuanji rawatan bekam anda dan dapatkan PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk muka anda.  Terhad kepada WANITA yang membuat rawatan bekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
PJ - NOTT 019-285 2849 @ SHAH ALAM - INTAN 019-430 8836

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

RAWATAN BEKAM RESDUNG RM30 SAHAJA

     
Boleh di katakan semua individu ada mengalami masalah penyakit resdung, bezanya ialah penyakit itu serius atau ringan sahaja. Rawatan bekam resdung ini melibatkan kawasan di muka.
Petanda penyakit resdung ialah :-
  • Kerap bersin pagi atau berada persekitaran yang berhabuk 
  • Gatal-gatal muka bila makan seafood, belacan, budu ataupun cincalok. 
  • Mata rabun 
  • Rambut gugur 
  • Jerawat muka 
  • Nafas berbau 
  • Migrain
Implikasinya jika tidak dirawat akan menyebabkan individu tersebut hilang keyakinan diri dalam kehidupan seharian dan juga sering merasa tidak selesa serta mengganggu fokus kerja/belajar. 

Ada juga dikalangan anda yang mengalami masalah jerawat di belakang badan akibat penyakit resdung di muka. Anda digalakkan untuk membuat rawatan bekam bagi mengeluarkan darah yang bertoksik. Jumlah cup yang akan digunakan bergantung kepada teruk atau tidak masalah penyakit anda. Harga 1 cup adalah RM5 sahaja.

Anda disyorkan untuk berbekam seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapatkan kesan kesembuhan yang maksimum. 

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT GIGI


Melakukan bekam di bawah dagu dapat menyembuhkan sakit gigi, sakit pada bahagian wajah, kerongkong dan pada urat leher, serta membersihkan kepala dan kedua telapak tangan.


Sabda RASULULLAH SAW: "Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay).  Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay" Hadis Sahih Al-Bukhari.

JENIS-JENIS RAWATAN BEKAM

Terdapat 2 jenis kaedah bekam iaitu bekam kering atau dikenali sebagai bekam angin dan bekam basah atau dikenali sebagai bekam darah.

BEKAM KERING/BEKAM ANGIN:

 
 
Bekam kering atau bekam angin adalah rawatan bekam yang menyedut pada permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang yang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah akan menggunakan kaedah ini.  Rawatan bekam ini juga sesuai kepada kanak-kanak, kepada orang yang terlalu lemah badannya, ibu-ibu mengandung dan orang tua yang sudah uzur. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan akan hilang kesannya selepas 2 atau 3 hari berikutnya.

BEKAM BASAH/BEKAM DARAH:

 
Bekam basah atau bekam darah adalah rawatan bekam yang dilakukan dengan menggunakan jarum dan pen khas dan ditusukkan pada permukaan kulit.  Darah toksik akan dikeluarkan dengan menggunakan alat pam bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara 3 - 5 minit dan akan dilakukan sebanyak 2 kali proses bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.  Semasa proses rawatan bekam darah dilakukan angin kotor juga akan turut keluar. Ini dapat dikenalpasti melalui wap pada permukaan alat bekam ataupun darah toksik yang keluar akan berbuih.

Proses rawatan bekam ini selalunya mengambil masa dari 30 - 40 minit mengikut jumlah cup yang digunakan.  Mereka yang berbekam dinasihat agar tidak mandi sekurang-kurangnya 1 - 3 jam selepas berbekam.

CAJ RAWATAN BEKAM KERING/BEKAM ANGIN = RM3/CUP
CAJ RAWATAN BEKAM BASAH/BEKAM DARAH = RM5/CUP

Sabda RASULULLAH SAW: "Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay).  Sesungguhnya aku melarang umatku berubat dengan kay" Hadis Sahih Al-Bukhari.