30 April 2012

PEMBEKAM WANITA SHAH ALAM

Bagi wanita diluarsana yang ingin berbekam,anda boleh SMS untuk temujanji dengan pembekam wanita kami iaitu INTAN 019-430 8836/ANA 019-4408150,lokasi rawatan mereka ialah di Pusat Terapi Syifa 13b Jln Plumbum q7/q Section 7 40000 Shah Alam

28 April 2012

MENGAPA TIDAK DIGALAKKAN BERBEKAM KETIKA PERUT KENYANG ?

Apabila kita sedang kekenyangan,semua organ sistem penghadaman kita tengah bekerja keras,jadi apabila proses bekam dijalankan,semua toksid/darah kotor yang keluar dari berbekam hanya mewakili toksid/darah kotor pada bahagian perut/organ sistem panghadaman sahaja dan ia sama sekali tidak mewakili darah kotor/toksid keseluruhan badan.

26 April 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MENGURANGKAN BEBANAN ORGAN PANKREAS

Amalan berbekam mengikut kajian moden mampu menurunkan gula berlebihan dalam saluran darah.Di Malaysia ini purata pengidap penyakit diabetes adalah dikalangan umur 40an dek kerana pankreas mereka mengalami kehausan dalam penghasilan insulin akibat dikerah bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang setiap hari.Kenapa pankreas boleh haus ? Apabila kita kerap mengambil makanan bergula dan nasi secara rutin harian,secara tak langsung gula dalam saluran darah agak tinggi dan pankreas dalam masa 24jam tidak berhenti dalam proses pengeluaran insulin.Bila kita konsisten menjalani rawatan bekam sebulan sekali,gula dalam saluran darah secara tak langsung berkurangan dan pankreas hanya bekerja 12jam sehari dan bukannya 24jam seperti yang lepas-lepas dan ini secara tak langsung dapat mencegah kita dari terkena penyakit kencing manis/diabetes atau kata lainnya simptom kehausan pankreas menghasilkan insulin...

25 April 2012

SETIAP PESAKIT YANG BERBEKAM KEMUNGKINAN ADA GANGGUAN TANPA MEREKA SEDARI..

Mengikut pengalaman kami yang lepas-lepas ada kemungkinan 70% pesakit yang datang berbekam ada unsur gangguan jin tanpa mereka sedari.Bagi mereka yang ada unsur gangguan,secara tak langsung badan mereka ada unsur wap jin dimana wap jin tersebut jika terkena pembekam ia akan mengakibatkan badan gatal-gatal,bisul,kelesuan dan susah tidur malam.Dengan kata lain wap jin ini boleh dikatakan tempias daripada pesakit kepada perawat/jurubekam.Kesimpulannya setiap kali membekam pesakit,jurubekam perlu lakukan mandian dengan air doa yang dibacakan kursi dan 3 qul dan kemudian bilik bekam juga perlu dispray dengan air doa tadi bagi melenyapkan unsur wap jin.

18 April 2012

KELESUAN AKAN HILANG SERTA MERTA SELEPAS BERBEKAM


Bagi mereka diluarsana yang menghadapi masalah kelesuan badan,anda disyorkan berbekam kerana sejurus selepas berbekam badan anda terasa amat segar sekali.Ini kerana segala toksid/angin keluar semasa proses berbekam tadi,sekaligus sistem perjalanan darah dan sistem saraf kembali bertugas dengan lancar dan efektif semula.Untuk info,caj bekam kami ialah RM5/cup iaitu yang termurah dipasaran..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

16 April 2012

Artikel Berita Harian 16 April 2012:BEKAM BANGKIT SERI

 RAWATAN bekam yang yang dilakukan oleh Pengurus Pusat Bekam Aini, Noraini Tumijan di Bangi.

 Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my
2012/04/16

Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh & wajah..

KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.

“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.

Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

“Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

“Lazimnya bekal dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

“Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya.


INFO

Bekam

* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

15 April 2012

AMALAN BEKAM TENGKUK & MUKA MENYEMBUHKAN MASALAH JERAWAT /RESDUNG




Bagi mereka diluarsana yang menghidapi masalah kulit muka berjerawat dan juga masalah resdung,anda disyorkan berbekam sebulan sekali dikawasan muka dan juka kawasan tengkuk,insyaAllah jerawat anda akan menyusut dan muka pun tidak gatal-gatal lagi akibat masalah resdung..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

10 April 2012

CAJ BEKAM KAMI TERMURAH DIPASARAN HANYA RM5/CUP


Jom berbekam ditempat kami kerana caj bekam kami termurah dipasaran iaitu hanya RM5/cup.Badan pun sihat,pahala sunnah pun dapat dan wang pun jimat...

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

09 April 2012

KEBERSIHAN TERJAMIN JIKA BERBEKAM DITEMPAT KAMI

 
Kebersihan amat dititikberatkan dalam proses berbekam..

1) Jarum bekam perlulah PAKAI BUANG,dan setiap pelanggan diperuntukkan jarum baru setiap kali sesi bekam.

2) Semua cup/cawan bekam,pam bekam,pen bekam kami akan STERIL 15min terlebih dahulu menggunakan UV STERILIZER bagi proses pembasmian bakteris/virus.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

05 April 2012

BERBEKAM DIPELIPIS MATA MAMPU MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT MATA

Bagi mereka diluar sana yang mempunyai masalah mata seperti rabun jauh,rabun dekat,katarak dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali dibahagian pelipis mata,dalam 3 kali sesi berbekam insyaAllah segala penyakit mata anda pulih.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

03 April 2012

BERHATI-HATI SEMASA MEMBEKAM PESAKIT



Nasihat saya pada jurubekam diluarsana,mantapkan amalan pendinding diri anda dengan mengamalkan kursi 7x tiap-tiap lepas solat.Ini kerana sebahagian pesakit yang kita bekam tu,kemungkinan ada gangguan sihir/saka dalam badan mereka tanpa disedari oleh empunya diri.Jika pertahanan diri anda tidak mantap,anda boleh mendapat tempias pesakit seperti mengalami gatal-gatal badan,kelesuan badan yang melampau,sakit pinggang dan demam seminggu.So berhati-hatilah yer kerana pengalaman-pengalaman yang lepas,ramai juga saya kendengaran jurubekam amatur diserang gangguan jin bila baru menceburi dunia bekam.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari