19 September 2011

THIBBUN NABAWI:BIMBINGAN RASULULLAH SAW DALAM MERAWAT SIHIR

1) Mencari/menghapuskan barang ataupun tangkal sihir.

- Dalam 70% pesakit gangguan jin selalunya akan melibatkan barang sihir yang terletak pada rumah pesakit,pejabat ataupun kenderaan.

- Pesakit disyorkan membaca Al-Kautsar sebanyak 10x sebelum tidur minta petunjuk mimpi dari Allah SWT untuk mengetahui di mana letaknya barang sihir tersebut. Jika pesakit beroleh mimpi tersebut, maka pesakit perlulah mencari barang sihir tersebut dan membakarnya dengan segera.

- Pada hemat saya, pesakit disyorkan memasang CD surah Al Baqarah sekurang-kurangnya 1x pada setiap hari di waktu Maghrib selama sebulan bagi mengurangkan pengaruh sihir di kawasan rumahnya.

- Pada hemat saya juga, pesakit boleh menggunakan spray air yang sudah dibacakan ruqyah seperti bacaan Kursi sebanyak 70x dengan menghala spray ke atas bumbung rumah di serata tempat di dalam dan di luar kawasan rumah. Waktu spray pula disyorkan selepas Maghrib selama sebulan, InsyaAllah pengaruh sihir di kawasan rumah akan berkurangan dari hari ke hari.

2) Mengeluarkan endapan sihir dari badan.

- Apabila jin sihir mendiami saluran darah manusia, secara tak langsung darah kita akan menjadi cepat kotor lalu menyebabkan beberapa penyakit fizikal seperti kerap sakit kepala, dada, pinggang, batuk dan juga sendi-sendi badan. Selain itu, badan juga boleh menjadi sakit-sakit apabila kerap termakan benda kotor/santau dari penyihir.

- Pesakit disyorkan minum 2 sudu cuka epal yang sudah dibacakan ruqyah setiap pagi bagi menawarkan segala barang-barang kotor yang sudah termakan.

- Pesakit perlu menjalani rawatan Al Hijamah/Bekam 2 minggu sekali bagi mengeluarkan darah kotor/endapan akibat sihir dari saluran darah badan.

- Pesakit juga disyorkan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi selama sebulan bagi menambah tenaga badan dan akibat lesu sihir dan secara tak langsung pengaruh sihir akan makin berkurangan.

- Pesakit perlu minum dan mandi dengan 7 helai daun sidir (bidara) yang sudah dilumatkan setiap hari selama 3 hari. Air campuran daun bidara ini perlulah dibacakan terlebih dahulu Al-Fatehah, Kursi dan 3 Qul.

- Pesakit juga disyorkan menyapu anggota badan yang sakit-sakit akibat sihir dengan menggunakan Minyak Zaitun/Minyak Habbatus Sauda yang sudah diruqyah pada tiap-tiap hari.

3) Penyembuhan sihir dengan doa, zikir dan ayat Al-Quran.

- Perawat Islam perlu membacakan zikir, doa dan ayat-ayat ruqyah dari Al-Quran pada pesakit sihir/gangguan jin.

- Pesakit juga perlu mengamalkan zikir perlindungan diri, solat hajat setiap hari berdoa diminta kesembuhan dari Allah SWT serta membaca Yasin 1x tiap-tiap lepas solat Isyak sehingga sembuh.


Nota:Kitab Thibbun Nabawi dikarang oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah.Semua isi dalam kitab thibbun nabawi adalah ilmu wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW untuk membimbing seluruh umat islam dalam merawat segala penyakit fizikal/spritual dan salahsatu isi kandungan modul kitab tersebut adalah kaedah merawat sihir

No comments:

Post a Comment