29 September 2011

SAKIT LUTUT JUGA BOLEH DIBEKAM


SAKIT SENDI LUTUT
Mungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutu tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius.  Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.

Faktor-faktor yang menyebabkan sakit lutut:
  • Kecederaan lutut akibat aktivit berat
  • Penyakit
  • Berlebihan berat badan atau obesiti
  • Peningkatan usia
Tanda-tandanya:
  • Sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Mungkin akan hilang apabila berjalan.
  • Sakit apabila naik turun tangga. 
  • Terdapat bunyi meretih atau berasa tidak selesa ketika menggerakkan sendi.
Puncanya:
  • Belaku geseran antara tulang femur dan tibia di dalam sendi apabila rawan rosak atau haus.
  • Penggunaan lutut secara berlebihan.
  • Tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ada mengalami simpton-simpton seperti di atas, segeralah datang berbekam dengan kami.

JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BOLEH DIBEKAM

Berikut ialah beberapa jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah berbekam, InsyaAllah:-

1          Kegemukan (Obesiti)
2          Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3          Sciatica (Sakit Pinggang)
4          Sakit Perut
5          Sembelit
6          Gangguan Jantung & Lambung
7          Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8          Alergi Makanan
9          Sengal Tulang
10        Sesak Nafas
11        Asma
12        Insomnia (Susah Tidur)
13        Cirit Birit
14        Kejang Otot
15        Kencing Manis
16        Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17        Menggigil Tanpa Demam
18        Kencing Malam
19        Tonsil
20        Gatal-Gatal (Harsh)
21        Radang Usus Besar
22        Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23        Gangguan Pundi Empedu
24        Pusingan Haid Tidak Teratur
25        Ginjal
26        Tekanan Darah Tinggi
27        Sakit-sakit Lutut
28        Sakit-sakit Di Kaki
29        Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30        Gangguan Jiwa
31        Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32        Encok (Gout)
33        Rematoid
34        Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35        Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36        Sinus
37        Sakit Di Daerah Perut
38        Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39        Buasir
40        Penyakit Jantung
41        Mandul
42        Terlalu Banyak Tidur
43        Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44        Memperbaiki Peredaran Darah
45        Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46        Sakit Punggung
47        Sakit Bahu dan Tengkuk
48        Sakit Bahu
49        Badan Kurus
50        Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51        Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52        Jangkitan Kuman
53        Melancarkan Perjalanan Darah
54        Menurunnya Aliran Darah
55        Tingkatkan Daya Ingatan
56        Tingkatkan Konsentrasi
57        Fistula Ani
58        Sakit Pinggang
59        Sakit Punggung
60        Gangguan Pundi Kemih
61        Kaki Kesemutan
62        Tangan Kesemutan
63        Salah Urat
64        Lumpuh Menyeluruh
65        Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66        Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67        Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68        Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69        Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70        Dingin Di Telapak Kaki
71        Nervous (Tegang / Gelisah)
72        Tumor Otak
73        Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74        Lutut yang Kaku
75        Gangguan Pankreas
76        Kejang-kejang
77        Tidak Boleh Bercakap
78        Penyakit Mata
79        Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80        Berhenti Haid
81        Pembekakan Testis
82        Tekanan Darah Rendah
83        Berbagai Penyakit Rahim
84        Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85        Keluarnya Cairan Vagina
86        Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87        Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88        Pusing Kerana Mata Lelah
89        Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90        Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91        Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92        Pening Kerana Anemia
93        Pening Kerana Influenza

28 September 2011

JENIS-JENIS SAKIT KEPALA



Sakit Kepala SINUS
Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus).  Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening.  Kepala terasa berdenyut-denyut.  Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih.  Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus.  Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap.

Sakit Kepala MIGRAIN
Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari.  Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah.  Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi.  Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan.  Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya.

Sakit Kepala TEKANAN DARAH TINGGI
Sakit ini menyebabkan kepala terasa berat dan leher tegang.  Jika sakit kepala anda disebabkan oleh penyakit ini, segeralah dapatkan pemeriksaan dari doktor.  Amalkan juga amalan gaya hidup sihat agar tekanan darah tinggi dapat dikurangkan.  Kurangkan makanan berlemak dan banyak mengandungi garam.  Anda juga boleh bersenam.  Kombinasi kesemua usaha ini akan membantu mengurangkan risiko sakit kepala akibat penyakti tersebut.

Sakit Kepala CLUSTER HEADACHE
Inilah sakit kepala yang paling menyakitkan.  Rasanya seperti ada tusukan pada satu bahagian kepala dan sering menyerang di bahagian mata.  Ia lebih banyak menyerang orang lelaki berbanding dengan perempuan dan sering berlaku pada waktu malam. Serangan sakit kepala ini boleh jadi berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.  Namun kebaikannya, penderita sakit kepala ini tidak menderita seperti sakit kepala akibat migraine atau ‘tension headache’.  Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko sakit kepala ini:

§           Hindarai alcohol
§           Jauhi produk tembakau
§           Amalakan tidur berjadual

GARAM MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI


Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain (RM50)

Jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara automatiknya, anda seorang yang sangat sensitif kepada tahap kemasinan setiap masakan.  Banyakkan makan sayur-sayuran, buah dan kekacang.  Contohnya bayam, brokoli, pisang, kentang dan sebahagian besar kekacang seperti tempe yang mengandungi kalium tinggi.

RAHSIA HABBATUS SAUDA






Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Mungkin ada yang tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada diri manusia.  Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser.  Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimkan sebelum sarapan pagi.  Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid dan menyembuhkan gigitan serangga.

27 September 2011

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

Bekam Merawat Sihir & Saka RM90
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".W anita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

KESIMPULANNYA, BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU, SIHIR DAN SAKA, ANDA DIGALAKKAN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SEMINGGU SEKALI DI KAWASAN TENGKUK DI SAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYAR'IYAH.

RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1.     Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2.     Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3.    Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4.    Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
5.     Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6.     Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7.   Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

25 September 2011

KHASIAT MADU: KULIT LEBIH GEBU

Inginkan kulit cerah, lembut dan gebu dengan cara tradisional?  Kisarkan kacang soya, dadih, serbuk badam dan MADU.  Kemudaian, sapukan pada badan dan setelah agak kering, gosok-gosokkan pada seluruh tubuh seperti membuat lulur.  Hasilnya pasti tidak mengecewakan.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil. 1453, 23-29 September 2011, m/s 54.

TANDA-TANDA SAKIT PINGGANG

Ketahui penyakit buah pinggang  terhadap wanita.

Jangkitan buah pinggang merupakan penyakit teruk untuk tubuh.  Ia bukan sahaja berbahaya, tetapi ia juga turut menyakitkan.  Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi akibat dan gejala-gejalanya berbeza.  Lelaki dan wanita, kedua-duanya mempunyai gejala-gejala yang berbeza. Begitu juga akibatnya.
Gejala-gejala penyakit buah pinggang terhadap wanita berlaku kepada wanita dalam kumpulan usia 20 - 40 tahun.

Tanda-tanda gejala-gejal penyakit buah pinggang terhadap wanita adalah seperti berikut:
  • Pembengkakan, terutamanya pada kaki.
  • Pengeluaran air kencing yang kurang atau tidak ada.
  • Dahaga dan mulut kering.
  • Degupan jantung terlalu pantas.
  • Rasa pening apabila berdiri.
  • Hilang selera makan, loya dan muntah.
  • Rasa keliru, gelisah, atau mengantuk.
  • Sakit pada satu bahagian belakang, di bawah sangkar rusuh dan atas pinggang.
Sumber: Mingguan Wanita, Bil 1453, 23-29 September, m/s 48

24 September 2011

SAKIT PINGGANG

Bekam Darah Merawat Sakit Pinggang (RM50)
Kaedah bekam darah ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, InsyaAllah pinggang anda akan lega serta merta setelah tamat proses berbekam.
TIPS:
Jangan perlekehkan cara duduk anda.  Untuk mengurangkan tekanan, duduk tegak dengan pinggul dan lutut kekal dalam kedudukan 90 darjah.  Untuk mengelakkan anda duduk dengan malas, letakkan kaki di atas blok setinggi satu atau dua inci dan jarakkan kedudukan kedua-dua buku lali kira-kira selebar bahu.  
 
Jika anda bekerja sambil duduk, ambil masa untuk merehatkan pinggang dan tulang belakang setiap setengah jam dengan berdiri, lakukan regangnan atau beralan beberapa minit.  Latihan paling mudah yang boleh anda lakukan ialah jawab telefon dengan berdiri.

Cara betul ketika mengangkat barang:
  1. Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.
  2. Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
  3. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
  4. Pastikan belakang anda tegak.
  5. Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.
  6. Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.
  7. Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
  8. Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.
Cara salah atau perlu dielakkan:
  1. Jangan angkat barang yang terlalu berat.
  2. Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.
  3. Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.
  4. Jangan angkat berat melebihi kepala.
  5. Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak.
  6. Agihkan berat beban.  Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.
  7. Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.
  8. Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.
Sumber: Harian Metro, Selasa, 31 Julai 2001

INFO KESIHATAN : BELL PALSY

Kelumpuhan Sebelah Bahagian Muka

APA Bell Palsy?
Bell Palsy adalah keadaan yang menakutkan kerana gejala-gejalanya mirip dengan strok.  Tetapi Bell Palsy dan strok jelas amat berbeza.  Biasanya strok menyebabkan kelumpuhan pada anggota pergerakan lain seperti tandan dan kaki dan disertaiaa gejala-gejala sakit kepala, pengsan, sukar bercakap dan biasanya lidah jika dijulurkan akan senget. Bell Palsy adalah kelemahan sementara atau kelumpuhan otot-otot pada bahagian sebelah muka.  Bell Palsy pula menyerang saraf muka 7 (Carnial Nerve VII) yang boleh menyebabkan kempuhan muka di salah satu sisi, kiri atau kanan dari muka.  Saraf tersebut akan membengkak sehingga tidak berfungsi dengan baik.

MENGAPA Bell Palsy boleh dihidapi?
Bell Palsy kerap dikaitkan dengan jangkitan virus seperti herpes (virus yang menyebabkan kudis sejuk), Epstein-Barr (virus yang menyebabkan mono) atau influenza.  Ia juga berkait dengan agen berjangkit yang menyebabkan penyakit Lyme. Kebanyakan orang tidak akan mengalaminya tetapi ada antara daripada kita, sistem imun memberi tindak balas kepada jangkitan virus yang membawa kepada inflamasi pada saraf.

SIAPA yang mudah dihidapi oleh Bell Palsy?
Bell Palsy boleh memeri kesan pada semua peringkat umur, tetapi ia biasa berlaku pada orang dewasa.  Mereka yang menghidapi diabetes dan wanita hamil adalah mereka yang mudah untuk mendapat Bell Palsy.

BILA tanda-tanda dan gejala-gejala Bell Palsy boleh dikenalpasti?
Gejala-gejala Bell Palsy selalunya akan mula timbul kira-kira satu atau dua minggu selepas jangkitan virus dan akan mencapai peringkat teruk dalam masa 48 jam.  

Tanda-tandanya ialah:
  • sakit kepala 
  • sakit belakang badan
  • sakit hadapan telinga
  • menyedari satu bahagian muka seperti terjatuh @ rasa kaku
  • tidak berupaya menggerakkan bahagian muka
Gejala-gejalanya ialah:
  • kesukaran untuk menutup sebelah mata
  • kekeringan pada sebelah mata
  • kesukaran untuk merasa bahagian hadapan lidah
  • perubahan jumlah air liur
  • bunyi pendegaran yang lebih kuat daripada biasa pada satu bahagian telinga
BAGAIMANA  kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit Bell Palsy?
Sesetengan doktor akan memberi ubat preskripsi bagi mengurangkan inflamasi seperti ubat titis mata, penutp mata dan kaca mata perlindungan bagi mencegah kerosakan pada kornea pesakit.  Kebanyakan penghidap Bell Palsy akan sembuh sepenuhnya dalam masa 1-3 bulan.  Namun begitu, ada juga antara penghidapnya yang akan kekal dengan kelemahan muka walaupun selepas sembuh daripada Bell Palsy.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil 1419, 28 Januari - 3 February 2011, m/s 48

23 September 2011

TANDA-TANDA RESDUNG

  • Gatal-gatal di hidung dan lubang telinga
  • Gatal-gatal di tekak, langit-langit dan lidah
  • Gatal-gatal pada mata dan berair
  • Gatal-gatal pada kulit kepala serta rambut gugut
  • Hidung akan berair dan meleleh
  • Miang di seluruh badan
  • Bersin, sakit kepala dan migrain
  • Pecah kuku atau makan cekam
  • Jerawat batu dan jerawat biasa
Photobucket

Bekam Darah Merawat Masalah Muka/Resdung RM30

Rawatan bekam muka ini adalah untuk wanita yang mengalami kulit muka bermasalah dan juga penyakit resdung. Pesakit disyorkan datang seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan kesembuhan yang maksimum.

INFO KESIHATAN: CARA ATASI PENYAKIT BATU KARANG

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidapi masalah kesihatan tertentu.  Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  1. MINUM banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  2. ELAKKAN minuman manis, terutama minuman karbonat.
  3. KEKURANGAN vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang.  Makanan seperti barli, kentang, keledekm berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  4. ELAKKAN makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  5. KURANGKAN pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  6. BANYAK makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  7. KURANGKAN sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan denga protein tumbuh-tumbuhan.
  8. KURANGKAN minum kopi, teh dan berkafaien....
Sumber: MIDI, Bil 117, 15 Julai 2011, m/s 103

BEKAM DARAH MERAWAT GOUT

Gout ialah penyakit akibat berlebihan asid urik dalam badan.  Asid urik ialah baha kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dikenali sebagai 'purin'.  Badan manusia membuang puring melalui proses pembuang air kecil.  Namun bagi penghidap Gout, purin tidak dibuan sebaliknya disimpan di dalam sendi.  Gout sering menyerang lelaki berbanding wanita.  Terutamanya lelaki berusia 30 tahun ke atas.

Tanda-tanda Gout:
- Ibu jari kaki menjadi kerah-merahan, bengkak dan sakit selama semalaman.
- Sendi menjadi bisa-bisa.
Gout boleh juga menyerang sendi seperti buku lali, lutut pergelangan tangan dan jari.

Ingat sebelum kena!!!
- Jaga badan supaya kandungan tahap asid urik tidak bertambah dalam badan anda.
- Elak pemakanan yang mengandungi purin tinggi.
- Makanan yang mengandungi tinggi purin ialah daging, makanan laut dan kekacang.
- Minum banyak air.

Sumber: MIDI, Bil 115, Bonus MIDI, 15 Jun 2011, m/s 80

Oleh itu, sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom seperti di atas segeralah datang berbekam dengan kami.
Photobucket
Bekam Darah Merawat Gout RM50 Sahaja
Kaedah bekam ini adalah khas untuk merawat penyakit Gout,semasa proses berbekam nanti, sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama darah kotor yang kehitaman atau berbuih, InsyaAllah anda tidak perlu berpantang dalam makan lagi dan kaki anda tidak sakit lagi.

22 September 2011

KHASIAT MADU: WAJAH LEBIH LEMBAP

Untuk mendapatkan wajah yang lembap, tumbuk lumat beberapa kelopak kubis.  Dapatkan perahan airnya dan campurkan dengan sesudu MADU.  Sapukan pada wajah.  Biarkan kering sebelum dibilas dengan air.  Hasilnya, kekeringan pada wajah akan hilang.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil. 1451, 9-15 September 2011

KHASIAT MADU: MENGHILANGKAN SELULIT

Jika anda mengalami masalah selulit, atasinya dengan mencuba petua ini.  Ambil sebiji hingga dua biji buah belimbing besi dan parutkan.  Campurkan dengan MADU asli.  Sapukan ramuan tadi di bahagian yang berselulit.  Jiika sering dilakukan hasilnya sangat memuaskan.

Sumber: Mingguan Wanita, Bil. 1451, 9-15 September 2011

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa kulit wajah

Apabila seseorang itu jatuh sakit, warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-

-Biru (hati)-Angin :Sejuk: Pedih, kekejangan kuat dan darah tersumbat.
-Merah (jantung)-Panas: Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.
-Kuning (limpa)-Lembap: Kurang darah dan imun.
-Putih (paru -paru): Gangguan aliran darah dalam tubuh.
-Hitam (ginjal) sejuk/pedih: Kurang tenaga dan darah tersumbat.

BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN


Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa  lebih ringan.

MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH/BEKAM SUNNAH

1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

21 September 2011

INFO KESIHATAN: Tidur Cukup=Kurang Stress, Kurang Kedutan Dan Kurang Tanda Penuaan

Tubuh yang tidak mendapat tidur yang cukup adalah tubuh yang berada di bawah pengaruh tekanan yang sangat teruk.  Tidur yang kurang akan menyebabkan tekanan pada salur darah sehingga hormon tekanan anda tidak dapat dikawal dan tubuh terdedah pada pelbagai penyakit lain yang lebih merbahaya.  Bahkan, tekanan juga meningkatkan kedutan dan pelbagai masalah kecantikan yang lain.  Anda akan kelihatan lebih tua daripda usia sebenar.  Dengan tidur yang cukup, anda memiliki cukup tenanga dan tindakan juga akan lebih positif.

INFO: Majalah Rapi. Bil. 171, 01 September 2011, m/s 23

19 September 2011

AMALAN BERBEKAM YANG KONSISTEN MUNURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Darah kotor yang keluar dalam proses berbekam akan membawa sekali unsur gula,insyaAllah anda akan dihindari dari terkena penyakit kencing manis jika konsisten berbekam sebulan sekali.

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI ALA-DZOHRIL QODAMI (Betis)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini,ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit kebas-kebas kaki dan gout.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-KATIFAIN (Bahu)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini, ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit bahu, leher dan stress.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-KAAHIL (Hujung Tulang Belakang)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini,ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit kepala dan saraf.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

THIBBUN NABAWI:BIMBINGAN RASULULLAH SAW DALAM MERAWAT SIHIR

1) Mencari/menghapuskan barang ataupun tangkal sihir.

- Dalam 70% pesakit gangguan jin selalunya akan melibatkan barang sihir yang terletak pada rumah pesakit,pejabat ataupun kenderaan.

- Pesakit disyorkan membaca Al-Kautsar sebanyak 10x sebelum tidur minta petunjuk mimpi dari Allah SWT untuk mengetahui di mana letaknya barang sihir tersebut. Jika pesakit beroleh mimpi tersebut, maka pesakit perlulah mencari barang sihir tersebut dan membakarnya dengan segera.

- Pada hemat saya, pesakit disyorkan memasang CD surah Al Baqarah sekurang-kurangnya 1x pada setiap hari di waktu Maghrib selama sebulan bagi mengurangkan pengaruh sihir di kawasan rumahnya.

- Pada hemat saya juga, pesakit boleh menggunakan spray air yang sudah dibacakan ruqyah seperti bacaan Kursi sebanyak 70x dengan menghala spray ke atas bumbung rumah di serata tempat di dalam dan di luar kawasan rumah. Waktu spray pula disyorkan selepas Maghrib selama sebulan, InsyaAllah pengaruh sihir di kawasan rumah akan berkurangan dari hari ke hari.

2) Mengeluarkan endapan sihir dari badan.

- Apabila jin sihir mendiami saluran darah manusia, secara tak langsung darah kita akan menjadi cepat kotor lalu menyebabkan beberapa penyakit fizikal seperti kerap sakit kepala, dada, pinggang, batuk dan juga sendi-sendi badan. Selain itu, badan juga boleh menjadi sakit-sakit apabila kerap termakan benda kotor/santau dari penyihir.

- Pesakit disyorkan minum 2 sudu cuka epal yang sudah dibacakan ruqyah setiap pagi bagi menawarkan segala barang-barang kotor yang sudah termakan.

- Pesakit perlu menjalani rawatan Al Hijamah/Bekam 2 minggu sekali bagi mengeluarkan darah kotor/endapan akibat sihir dari saluran darah badan.

- Pesakit juga disyorkan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi selama sebulan bagi menambah tenaga badan dan akibat lesu sihir dan secara tak langsung pengaruh sihir akan makin berkurangan.

- Pesakit perlu minum dan mandi dengan 7 helai daun sidir (bidara) yang sudah dilumatkan setiap hari selama 3 hari. Air campuran daun bidara ini perlulah dibacakan terlebih dahulu Al-Fatehah, Kursi dan 3 Qul.

- Pesakit juga disyorkan menyapu anggota badan yang sakit-sakit akibat sihir dengan menggunakan Minyak Zaitun/Minyak Habbatus Sauda yang sudah diruqyah pada tiap-tiap hari.

3) Penyembuhan sihir dengan doa, zikir dan ayat Al-Quran.

- Perawat Islam perlu membacakan zikir, doa dan ayat-ayat ruqyah dari Al-Quran pada pesakit sihir/gangguan jin.

- Pesakit juga perlu mengamalkan zikir perlindungan diri, solat hajat setiap hari berdoa diminta kesembuhan dari Allah SWT serta membaca Yasin 1x tiap-tiap lepas solat Isyak sehingga sembuh.


Nota:Kitab Thibbun Nabawi dikarang oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah.Semua isi dalam kitab thibbun nabawi adalah ilmu wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW untuk membimbing seluruh umat islam dalam merawat segala penyakit fizikal/spritual dan salahsatu isi kandungan modul kitab tersebut adalah kaedah merawat sihir

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI 'ALA WARIK (Pinggul)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik pinggul ini, khasiantnya ialah dapat menyembuhkan masalah ginjal, sukar buang air kecil, menghilangkan rasa pedih jika pernah terduduk dan juga menyembuhkan penyakit gout.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-AKHDA AIN (Urat Leher)

Rasulullah SAW kerap berbekam pada titik urat leher ini, khasiatnya ialah dapat mengatasi hipertensi dan angin ahmar pada bahagian kepala dan wajah. Hadis sahih ada menyebut "Rasulullah SAW pernah berbekam pada Al Akhda Ain dan bahu baginda. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17,19 ataupun 21"

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-RA`SUN (Pusat Kepala)

Rasulullah SAW kerap berbekam pada titik ini, khasiatnya ia sangat bermanfaat untuk menghilangkan pengaruh sihir, angin ahmar, pening kepala pada tahap kronik dan migrain. Bekam menggunakan pen bekam perlu dilakukan sebanyak 3 kali pembuangan darah dan jika menggunakan sayatan pisau bekam pula perlu dilakukan sebanyak 5 kali proses pembuangan darah.  Tarikh yang afdhal untuk berbekam pada titik ini ialah pada  setiap 17/19/21hb kalendar Islam iaitu di sebelah pagi dalam keadaan perut kosong (tanpa sarapan).

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)