17 June 2011

DIAGNOSIS BEKAM: Angin Dan Analisa Bintik Putih Tapak Tangan


Apabila di analisis tapak tangan pesakit dan terdapat banyak bintik putih ini menunjukkan badan pesakit tersebut mempunyai banyak angin di dalam badannya. 

Angin di sini bermaksud gas yang terhasil dari pencernaan yang tidak sempurna. Angin mengikut istilah perubatan herba terdapat pada tiga tempat iaitu angin duduk, angin darah dan juga angin sendi.

Bagi jurubekam, point yang di bekam untuk menyingkirkan segala angin pada tubuh pesakit ialah bekam darah 10 point pada bahagian otot belikat, tengkuk dan juga bahu.  InsyaAllah sejurus lepas berbekam pesakit akan sendawa, badan akan terasa ringan dan juga tidak lesu lagi. 


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

No comments:

Post a Comment