17 June 2011

BEKAM BAHU MERAWAT MASALAH STRESS DAN KETEGANGAN URAT


InsyaAllah selepas berbekam di tengkuk dan bahu, masalah stress dan ketegangan urat bahu dan leher pasti terasa lega.......

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah S.W.T".
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM KAKI DAPAT MENYEMBUHKAN MASALAH KEBAS-KEBAS KAKI


Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama,itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar.Anda disyorkan berbekam 8 point pada kedua belah kaki,insyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda selesai. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AMALAN BEKAM MUKA MENYEMBUHKAN JERAWAT DAN MENCANTIKKAN MUKA

BERBEKAM PADA PELIPIS MATA MAMPU MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT MATA/RABUN

RAWATAN EFEKTIF BAGI DARAH TINGGI ADALAH BERBEKAM

  

Penyakit darah tinggi adalah penyakit yang melanda kira-kira 90% penduduk di Malaysia baik lelaki mahupun perempuan. Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat akan menyebabkan penyakit strok dan jantung. Kaedah rawatan setakat ini di Malaysia hanyalah dengan memakan ubatan moden yang pasti mempunyai kesan sampingan.

Bagi rawatan yang efektif untuk menstabilkan tekanan darah kita dalam keadaan normal, kaedah berbekam adalah yang paling mujarab dan terjamin berkesan. Bagi kaedah berbekam yang menggunakan pen bekam, pesakit disyorkan untuk berbekam 2 minggu sekali, dan bagi kaedah berbekam menggunakan pisau torehan,pesakit disyorkan berbekam sebanyak sebulan sekali secara konsisten.


Apabila anda sudah konsisten menjalani rawatan bekam, anda tidak perlu lagi mengambil ubatan moden, yang penting dalam 2 hari sekali anda perlu memakan ulaman seperti pegaga, ulam raja, petai ataupun peria yang terbukti berkesan dalam membersihkan darah dan juga melancarkan aliran darah. 


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

DIAGNOSIS BEKAM: Analisa Tapak Tangan Cengkung


Sekiranya pesakit yang di diagnosis tapak tangannya dan ada mengalami sedikit cengkung, ini menandakan pesakit ada mengalami penururunan sistem imunisasi pada sistem badan.  Pesakit disyorkan untuk berbekam pada point dada, tengkuk dan bahu sebanyak 2 minggu sekali selama 3x sesi dan InsyaAllah sistem imunisasi badan pesakit akan kembali normal. 
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

DIAGNOSIS BEKAM: Angin Dan Analisa Bintik Putih Tapak Tangan


Apabila di analisis tapak tangan pesakit dan terdapat banyak bintik putih ini menunjukkan badan pesakit tersebut mempunyai banyak angin di dalam badannya. 

Angin di sini bermaksud gas yang terhasil dari pencernaan yang tidak sempurna. Angin mengikut istilah perubatan herba terdapat pada tiga tempat iaitu angin duduk, angin darah dan juga angin sendi.

Bagi jurubekam, point yang di bekam untuk menyingkirkan segala angin pada tubuh pesakit ialah bekam darah 10 point pada bahagian otot belikat, tengkuk dan juga bahu.  InsyaAllah sejurus lepas berbekam pesakit akan sendawa, badan akan terasa ringan dan juga tidak lesu lagi. 


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

DIAGNOSIS BEKAM: Sembelit Dan Analisa Ruas Jari

 

Bagi pesakit yang mempunyai garis kehitaman di ruas jari mereka ini menunjukkan pesakit tersebut sedang mengalami masalah sembelit. Oleh itu, jurubekam akan merujuk kepada manual bekam dan membekam pesakit mengikut point bagi merawat penyakit sembelit dan InsyaAllah dalam sebulan sekali apabila berbekam masalah sembelit dapat berkurangan dan diatasi dengan segera.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGATASI MASALAH SENGGUGUT

 

Boleh dikatakan 90% wanita mengalami sakit ketika haid atau nama lainnya senggugut, di mana darah haid turun dengan pergerakan yang kurang lancar atau tersekat-sekat.  Sakit ketika haid ini secara tak langsung boleh menjejaskan emosi wanita sehingga menjadikan mereka mudah moody dan panas baran.  Untuk mengatasi masalah ini, kaum wanita disyorkan untuk melakukan al Hijamah/berbekam sebulan sekali secara konsisten, InsyaAllah darah haid anda akan turun/keluar dengan lancar dan tidak akan berlaku senggugut lagi. 
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM KECANTIKAN

 

Bekam kecantikan adalah satu kaedah berbekam darah dibahagian muka bagi merawat kulit bermasalah serta resdung dan dalam masa yang sama juga melancarkan aliran darah dibahagian muka supaya kelihatan awet muda.InsyaAllah tiada parut dan lebam yang serius semasa mendapatkan rawatan bekam dari pihak kami. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17/19/21hb ISLAM)


Minggu ini merupakan minggu bulan penuh dan juga pertengahan bulan Islam, adalah minggu terbaik/afdhal untuk melakukan AL HIJAMAH.....Silalah buat temujanji dengan menghubungi kami di talian 019-285 2849.

Dalil Tarikh Berbekam:
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:  "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata: 
"Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)
Catatan:
Al-Khallal berkata, "Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata, Aku diberitahu Hambal, dia berkata, "Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya."
Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi S.A.W biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

POINT BEKAM THIBBUN NAWAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk)


Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"

Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong. 


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

POINT BEKAM THIBBUN NAWAWI - UMMU MUGHTIS (Kepala)


Dari Ibnu Umar RA bercerita bahawa : "Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya dengan UMMU MUGHTIS"

Point tersebut berada di ubun-ubun dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit Angin Ahmar, Hipertensi, Pening Berpusar, Migrain dan juga Sihir. 

 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

DALIL/HADIS BERBEKAM PADA TANGGAL 17/19/21hb KALENDAR ISLAM

Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”

Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan/atau tanggal 21.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.” 

 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SENARAI HADIS TUNTUTAN BERBEKAM

Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.” 

Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”
 
Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.” 


Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.” 


Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk). 


Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.” 


Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.” 


Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”
 
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.” 



Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.” 


Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.” 


Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.” 


Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.” 


Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A) 

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?


Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. 

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.  Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
 
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)